Assalamualaikum w.b.t. Hai semuaaaa! Selamat datang ke entri blog saya. Saya tahu ramai di luar sana menggemari fashion. Fashion yang hangat diperagakan di Malaysia pada kali ini adalah salah satunya manik "chunky beads". Chunky beads ini sesuai diperagakan bersama fabrik kosong seperti shawl,baju kurung moden dan pelbagai lagi.
Antara bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti :
Gam Fabrik
Jarum Jahit
Benang
Manik pelbagai bentuk dan saiz
Cara - cara menjahit:
Langkah 1 : Menghasilkan dan menyusun satu desain yang bersesuaian pada baju
Langkah 2 : Menggunakan gam fabrik dan gam pada bawah tapak manik tersebut dan lekat kan pada baju.
Langkah 3 : Jahit manik tersebut untuk mengukuhkan lagi kedudukan manik tersebut pada baju
Langkah 4 : Hasil yang telah siap dijahit pada baju. Lakukan berulang kali pada setiap corak baju.
Pemilihan warna juga perlu dititikberatkan bagi menaikkan lagi seri warna pada baju tersebut. Disarankan menggunakan manik bentuk diamond bagi menyerlahkan sesuatu pemakaian tersebut.
SELAMAT MENCUBA!